Wednesday, 19 December 2012

Alhamdulillah ;')

Assalamualaikum.

Tatkala ini, kalimah Alhamdulillah tidak putus-putus keluar dari mulut aku. Gumbiranya tidak terkata. Syukur Alhamdulillah. Impian kini menjadi kenyataan. 8A sudah dalam genggaman :D Jyeahhh

Mengenangkan detik-detik cemas semasa menunggu keputusan diumumkan, debaran yang dialami sungguh hebat. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Haihh --'

Sebaik sahaja Cikgu Nasa menyebutkan perkataan ini "3 Berlian", terasa seperti separuh give up sbb namaku belum disebutkan. Dalam sedar tak sedar, aku mendengar namaku disebut "AFI AZYAN BT ROHAIZAT". Terasa seperti di dalam mimpi yang sangad indah. Terima kasih Ya Allah :D
Sebaik sahaja aku menjejakkan kakiku di atas pentas, aku menatang keputusan itu dengan penuh kebanggaan. Ibuku tersenyum gembira. Aku berlari ke arah bapaku yg sedang menunggu di dataran. Aku memeluk erat bapaku dan tiba-tiba air mata syukur jatuh. Alhamdulillah. Ibuku menghampiri kami dengan linangan air mata kegembiraan. Kami puas seketika. Moga-moga Allah mengekalkan kejayaan ini.
Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Engkau telah memakbulkan doaku. Terima Kasih Ya Allah.

Tak sia-sia pengorbanan aku selama ini. Tidur lambat, stay up smpai pagi, berQiamulail walaupun sekejap, pergi kelas ITU, pergi marathon, dengar cakap mak bapak, dengar cakap cikgu nd banyak lagi. Alhamdulillah. Semoga pengorbanan ini tidak hanya sampai di sini sahaja. Amin ~

TETAPI, ada satu perkara yang membuatkan aku rasa ... err entahlahh. Time tengah happy-happy, tiba-tiba mak aku tanya pasal "dia". Hm aku tak tahu nak jawab apa. Aku just "Ouhh, entah." Mak aku cakap, tanyalah dia, call lahh. Masetu aku rasa macam fehhh kenapa mak aku tanya benda ni?. Nak jaga hati mak aku, aku cakap nanti lah akak tanya "dia", akak malas. Hahaha sorry Ibu :D

Lastly, Alhamdulillahi Robbil Alamin ~
Kejayaan yg diimpikan menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua yg bersusah payah bersama-sama AFI AZYAN selama ini. Jasamu ku kenang. :')

No comments:

Post a Comment